fbpx

Ronaldo julang trofi pertama bersama Al-Nassr

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RONALDO berbangga dapat meraih kejuaraan pertama bersama Al-Nassr dan membantu pasukan menjulang trofi tersebut buat kali pertama.

RIYADH – Penyerang sensasi, Cristiano Ronaldo mempamerkan aksi dalam kelas tersendiri untuk menjulang trofi pertama bersama Al-Nassr selepas menewaskan Al-Hilal 2-1 pada aksi final Piala Juara-Juara Kelab Arab awal pagi semalam.

Pada aksi di Stadium King Fahd itu, Ronaldo memastikan rakan-rakan sepasukannya tidak berputih mata apabila meledak dua gol, sekali gus bangkit daripada ketinggalan 0-1 selepas pasukan lawan meraih gol awal menerusi Michael.

Ronaldo yang telah menjaringkan keseluruhan enam gol pada saingan itu mengakui cukup teruja dapat membantu rakan-rakan sepasukan menjulang trofi berprestij tersebut buat kali pertama dalam sejarah.

“Saya sangat berbangga dapat meraih kejuaraan pertama bersama Al-Nassr dan membantu pasukan menjulang trofi ini buat kali pertama.

“Terima kasih kepada semua rakan-rakan sepasukan dan barisan kejurulatihan yang memastikan kejayaan ini dapat menjadi realiti. Sokongan padu daripada keluarga, sahabat dan penyokong juga cukup saya hargai,” kata Ronaldo.

Kejohanan Piala Juara-Juara Kelab Arab adalah salah satu saingan berprestij di rantau Asia Barat dan Afrika Utara apabila disertai oleh kelab utama dari negara Arab Saudi, Qatar, UAE, Iraq, Maghribi, Tunisia dan Algeria.

Pada saingan itu juga, Al-Nassr telah menurunkan semua pemain baharu yang ditandatangani daripada kelab Eropah seperti Sadio Mane yang sebelum ini mewakili pasukan Bayern Munich, Seko Fofana (Lens) dan Marcelo Brozovic (Inter Milan).

Sementara itu, Al-Ahli turut tidak ketinggalan untuk membariskan pemain bertaraf bintang yang sebelum ini bersaing dalam kelab Eropah seperti Malcom (Zenit St. Petersburg), Sergej Milin­kovic-Savic (Lazio), Ruben Neves (Wolves) dan Kalidou Koulibaly (Chelsea). – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI