fbpx

Pemuda hilang ketika memancing ditemui lemas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat mangsa dibawa ke Jeti Batu Musang di Batu Kawan, petang tadi.

SEBERANG PERAI – Seorang pemuda yang dilaporkan hilang selepas terjatuh ke laut ketika memancing berhampiran sangkar ikan di Pulau Aman, Batu Kawan, di sini, ditemui lemas petang tadi.

Jurucakap bomba negeri berkata, mayat mangsa, Mohammad Azali Mohd. Azrin, 28, dijumpai kira-kira pukul 4.16 petang.

“Pasukan bomba terdiri daripada anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Kawan bertindak menjalankan kerja-kerja cari dan menyelamat dengan kaedah ‘water surface searching’ di kawasan mangsa terjatuh.

“Mayat mangsa dibawa ke jeti Batu Musang dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

“Operasi tamat sepenuhnya pada pukul 5.23 petang,” katanya kepada pemberita, di sini sebentar tadi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI