fbpx

Majlis angkat sumpah MB Kedah pagi esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan. Foto SHAHIR NOORDIN

ALOR SETAR – Majlis angkat sumpah Menteri Besar Kedah dijadualkan berlangsung di Istana Anak Bukit, di sini esok.

Berdasarkan surat jemputan media dikeluarkan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, hari ini, majlis itu akan diadakan di Balai Mengadap Besar, Istana Anak Bukit, di sini kira-kira pukul 9 pagi.

Bagaimanapun, tidak dinyatakan siapa pemimpin yang akan mengangkat sumpah jawatan tersebut yang akan dilakukan di hadapan Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah.

Sementara itu, sumber memaklumkan, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Norizan Khazali telah mengadap Sultan Sultan Sallehuddin di pejabat baginda, pagi tadi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor difahamkan akan kekal menjadi Menteri Besar, meskipun terdapat pihak tertentu yang membuat spekulasi di media sosial, kononnya beliau akan digantikan ADUN Tokai, Datuk Dr. Mohd. Hayati Othman.

Kemungkinan untuk Panglima Perang Perikatan Nasional (PN) itu mengekalkan kedudukan tersebut, diperkuatkan lagi dengan jemputan kepada media mengenai sidang akhbar olehnya di Pejabat Menteri Besar pada pukul 11.30 pagi esok.

Sebelum ini, Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan turut mengumumkan keputusan parti itu untuk menamakan semula Muhammad Sanusi sebagai calon Menteri Besar sekiranya PN menguasai Kedah.

Pada PRN semalam, PN Kedah diterajui Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor berjaya memperoleh kemenangan besar iaitu 33 daripada 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI