fbpx

Baju Siti macam tak siap, dikutuk buruk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BUSANA sentuhan Sam Republic yang digayakan Siti ini dikritik sebagai buruk dan seolah-olah tidak siap.

BIARPUN konsert Hitman: David Foster & Friends Asia World Tour 2023 yang turut membabitkan penyanyi kesayangan negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza mendapat pujian ramai, tapi sayangnya apabila busana yang digayakan Siti terutama ketika konsert di Singapura mendapat kritikan hebat netizen.

Rata-rata melihat busana berwarna kelabu rekaan pereka fesyen, Sam Republic itu tidak sesuai atau dalam bahasa kasarnya, buruk sehingga membuatkan segelintir peminat penyanyi nombor satu negara itu tidak berpuas hati.

Diva pun bukanlah arif sangat tentang fesyen, tapi mata Diva masih belum buta lagi untuk menilai. Sebenarnya Diva agak bersetuju dengan pendapat segelintir netizen apabila menganggap pakaian tersebut ibarat dibuat ‘ala kadar’.

Pemilihan warna dan potongan yang dibuat pun nampak tidak kena, terutama rekaan pada bahagian hadapan gaun tersebut.

Ramai menganggap busana yang digayakan Siti tidak cantik. Malah ada yang berpendapat baju itu seperti tidak siap.

“Suara dah ‘power’, tapi baju pula tak kena. Siapa pereka fesyen? Buatlah elok-elok baju TokTi,” tegur seorang netizen.

“Ya Tuhan. Awak (Siti) penyanyi tersohor tanah air. Cubalah gaya semenggah. Baju macam tempah dekat mak cik baru ambil sijil jahitan,” tegur seorang lagi netizen.

Entah, kalau seorang yang kutuk mungkin mata dia yang kelabu tapi kalau dah ramai mata nampak buruk, pereka fesyen itu kenalah insaf!

DIVA: Laju saja Ummi Nazeera padam gambar selepas dikritik main tenis pakai ‘legging’ ketat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI