fbpx

PRN: PH-BN kekal terajui Kerajaan Negeri P. Pinang – Kon Yeow

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kon Yeow bersama pimpinan PH-BN Pulau Pinang di Perhimpunan Perpaduan, Pengumuman Keputusan PRN Pulau Pinang di Hotel St Giles Wembley, malam ini Foto oleh IQBAL HAMDAN/KOSMO!

GEORGE TOWN – Gabungan Pakatan Harapan (PH)-Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang menepati ramalan apabila berjaya membentuk Kerajaan Negeri selepas secara rasmi dan tidak rasmi memenangi 29 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) malam ini.

Mengikut pecahan, DAP memenangi kesemua 19 DUN yang dipertandingkan, PKR (7), Barisan Nasional (BN) (2) dan Amanah (1).

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, Kerajaan Perpaduan Pulau Pinang telah memenangi majoriti dua pertiga sekali gus berjaya membentuk kerajaan negeri yang baharu.

“Saya akan mewakili kerajaan negeri yang baharu untuk mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri seperti mana yang diputuskan, pada pagi esok.

“Masa depan masih penuh dengan cabaran dan kita ikrar akan lihat keputusan (PRN) dan buat penganalisaan dan baiki apa yang ada kelemahan-kelemahan supaya Kerajaan Perpaduan yang ditubuhkan ini benar-benar dapat memenuhi aspirasi dan kehendak rakyat di Pulau Pinang ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Pusat Pengumpulan Undi di Hotel St Giles Wembley di sini pada pukul 10 malam tadi.

Sementara itu, Perikatan Nasional (PN) hanya memenangi 11 daripada 40 kerusi DUN Pulau Pinang iaitu di Permatang Berangan, Penaga, Sungai Dua, Telok Ayer Tawar, Pinang Tunggal,
Pulau Betong, Telok Bahang, Sungai Bakap, Penanti, Seberang Jaya dan Permatang Pasir

Untuk rekod, terdapat seramai 1,234,198 pengundi berdaftar di Pulau Pinang manakala pengundi berusia 21 hingga 59 tahun antara yang paling ramai direkodkan iaitu sebanyak 886,990.

Pengundi belia berusia 18 hingga 20 tahun dan pengundi emas 60 tahun ke atas pula mempunyai bilangan sama iaitu 67,333. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI