fbpx

Sumbat mayat dalam guni, 9 disambung reman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lokasi penemuan mayat mangsa yang disumbat ke dalam guni sebelum dibuang di tapak besi buruk Taman Bukit Serdang, Serdang.

SERDANG – Seramai sembilan suspek yang ditahan bagi membantu siasatan kes pembunuhan lelaki warga asing yang ditemui disumbat di dalam guni plastik di Taman Bukit Serdang, di sini, 4 Ogos lalu, disambung reman selama lima hari.

Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner A A Anbalagan berkata, reman selama tujuh hari terhadap sepuluh suspek sebelum ini telah tamat, hari ini.

“Permohonan reman kali kedua terhadap sembilan suspek telah dibuat hari ini. Reman kedua bermula esok hingga Rabu depan.

“Seorang lagi suspek telah dibebaskan dengan jaminan polis hari ini,” ujarnya dalam kenyataan, hari ini.

Jelasnya, pihaknya akan melengkapkan siasatan seterusnya akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR).

“Kita juga telah merampas duit sebanyak RM35,010 daripada pihak majikan seperti yang dikatakan dibayar oleh keluarga si mati bagi membantu siasatan,” ujarnya.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan polis mengesahkan punca kerani kewangan yang disumbat ke dalam beg guni disebabkan oleh kesan pukulan objek tumpul di seluruh tubuh badan mangsa.

Mayat mangsa yang dipukul dengan objek tumpul itu telah dibuang di tapak besi buruk Taman Bukit Serdang. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI