fbpx

PRN: Nurul Izzah optimis kesedaran pengundi Permatang Pauh tinggi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nurul Izzah (belakang, tengah) ketika hadir pada Majlis Perasmian Komuniti Mural Art Bandar Perda di Bukit Mertajam, petang tadi.

SEBERANG PERAI – Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar optimis tahap kesedaran pengundi di Permatang Pauh ketika ini jauh lebih tinggi berbanding ketika Pakatan Harapan (PH) tewas di kerusi Parlimen itu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) lalu.

Nurul Izzah yang juga bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh berkata, beliau tetap mengamalkan pendirian berhati-hati bagi mengelakkan ‘pisang berbuah dua kali’ di kawasan sama.

Kata beliau, banyak faktor yang perlu diambil kira dalam menjustifikasikan perkara itu termasuk penerimaan pengundi di kawasan berkenaan terhadap gabungan PH dan Barisan Nasional (BN) ketika ini.

“Justeru, saya berharap mesej saya yang akhir ini, tolonglah. Walaupun anda menonton Tik Tok dan media sosial, tolong selami intipati tawaran oleh kerajaan perpaduan di peringkat negeri (Pulau Pinang).

“Pada masa yang sama, elakkan (terpedaya dengan) penipuan serta fitnah yang sensasi dalam lapangan kerana dalam tempoh 24 jam ini (sebelum hari pengundian), saya pasti banyak yang akan kita baca dan tonton (mengenai isu berkaitan politik),” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas Majlis Perasmian Komuniti Mural Art Bandar Perda yang turut dihadiri oleh calon PH untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Machang Bubok, Lee Khai Loon. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI