fbpx

Perlis perlu tukar 1,000 km paip air usang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohmad Ashari

KANGAR – Sepanjang 1,000 kilometer (km) paip air sedia ada yang didapati telah usang di negeri ini perlu ditukar kerana menyebabkan kerugian air tidak berhasil (NRW) melebihi 60 peratus.

Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Air Perlis (SAP), Dr. Mohmad Ashari Daud berkata, sistem paip yang perlu ditukar itu adalah lebih 50 peratus daripada keseluruhan 1,900 km paip uzur di negeri ini.

“Buat masa sekarang, SAP telah berjaya menggantikan kira-kira 900 km jaringan paip uzur yang menyalurkan air bersih kepada penduduk negeri ini.

“Perlis pada masa ini mencatatkan sehingga 62 peratus NRW, antara yang tertinggi berbanding negeri lain,” katanya ketika ditemui selepas Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kompleks DUN Perlis, di sini semalam.

Difahamkan, paip air lama di negeri ini berusia hampir 40 tahun dan jika diletakkan dalam garis lurus, panjang paip yang perlu diganti itu menyamai jarak dari pusat bandar Singapura hingga ke wilayah Surat Thani atau kawasan Segenting Kra di Thailand.

Pada semalam, Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur negeri, Izizam Ibrahim dalam Sidang DUN itu memaklumkan, SAP sedang melaksanakan penyelenggaraan paip bocor berdasarkan aduan daripada pengguna.

Katanya, syarikat juga menyasarkan sebanyak 40 peratus penukaran paip air jenis asbestos cement daripada pelbagai jenis paip air sedia ada di negeri ini. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI