fbpx

Mahkamah batal rayuan peguam kanan UK wakili Najib dalam kes SRC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Najib

PUTRAJAYA – Mahkamah Persekutuan hari ini membatalkan rayuan peguam kanan yang berpangkalan di United Kingdom (UK), Jonathan Laidlaw untuk mewakili Datuk Seri Najib Tun Razak dalam prosiding melibatkan kes SRC International Sdn. Bhd. (SRC).

Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Zabariah Mohd. Yusof memutuskan demikian secara sebulat suara selepas membenarkan permohonan Jabatan Peguam Negara (AGC), pendakwa raya, Badan Peguam Malaysia dan Jawatankuasa Badan Peguam Kuala Lumpur.

Beliau yang bersidang bersama-sama Datuk Nordin Hassan dan Datuk Abu Bakar Jais berpuas hati bahawa permohonan Jonathan untuk diterima masuk dan bertindak mewakili bekas Perdana Menteri dalam prosiding jenayah, kini akademik.

Ketika menyampaikan keputusannya, Hakim Zabariah berkata, ini kerana rayuan dan semakan kes SRC melibatkan Najib di peringkat mahkamah tertinggi, sudah tiba ke penghujungnya.

`Tujuan permohonan adalah agar beliau diterima masuk mewakili Datuk Seri Najib, namun demikian prosiding jenayah terhadapnya sudah selesai sepenuhnya, maka notis rayuan ini dibatalkan,” ujar hakim berkenaan.

Terdahulu, Peguam Kanan Persekutuan Shamsul Bolhassan yang mewakili AGC memohon rayuan itu dibatalkan atas alasan ia kini akademik.

Ia turut disokong oleh peguam Datuk Bastian Vendargon mewakili Badan Peguam Malaysia dan Datuk Dr. Gurdial Singh Nijar mewakili Jawatankuasa Badan Peguam Kuala Lumpur.

Bastian berhujah bahawa permohonan Jonathan untuk diterima masuk bagi mewakili Najib merupakan penyalahgunaan proses mahkamah kerana rayuan bekas Perdana Menteri telah selesai pada semua peringkat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI