fbpx

4,140 anak Sahabat AIM ikuti kelas tuisyen percuma

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wan Azizah (tengah) bersama sebahagian Sahabat AIM yang menerima manfaat program tuisyen percuma bagi anak mereka di Teluk Ketapang, Kuala Nerus, Terengganu hari ini.

KUALA NERUS – Seramai 4,140 anak sahabat usahawan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) seluruh negara menerima manfaat melalui program tuisyen percuma yang dilaksanakan sejak lebih setahun lalu.

Pengarah Urusan AIM, Shamir Aziz berkata, program itu menyasar untuk meningkatkan penguasaan murid terlibat dalam dua mata pelajaran teras iaitu Matematik dan Bahasa Inggeris.

Beliau berkata, AIM yang selama ini hanya menumpukan kepada pembiayaan pinjaman perniagaan menjadikan tuisyen percuma tersebut sebagai nilai tambah kepada sahabat-sahabat usahawan AIM.

“Sebanyak RM1.2 juta telah diperuntukkan bagi program ini dengan kewujudan 133 pusat tuisyen seluruh negara.

“Ia melibatkan 197 tenaga pengajar yang mengajar secara sukarela,” katanya selepas menghadiri majlis perasmian peluncuran program Tuisyen Anak Sahabat AIM di sini hari ini.

Program itu disempurnakan isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Shamir berkata, program tuisyen terbabit memberi fokus kepada murid Tahun Lima dan Tahun Enam anak Sabahat AIM.

Tambah beliau, peserta program tuisyen percuma itu akan menerima bimbingan tenaga pengajar yang berpengalaman dalam bidang pendidikan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI