fbpx

Wanita tular buat kecoh di sebuah kolej swasta didenda RM2,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Soo Li ketika dibawa ke Mahkamah Majistret hari ini. - Foto oleh FAUZI BAHARUDDIN / KOSMO!

KAJANG – Seorang wanita yang videonya tular dalam satu kekecohan di sebuah kolej swasta minggu lalu didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini atas dua pertuduhan merosakkan telefon bimbit dan mencederakan seorang pelajar kolej wanita.

Majistret Nik Siti Norazlini Nik Mohamed Faiz menjatuhkan hukuman denda itu selepas tertuduh Chew Soo Li, 51, mengaku bersalah terhadap kedua-dua yang disabitkan ke atasnya.

Sekiranya tertuduh gagal membayar jumlah denda itu, dia boleh dipenjara selama dua bulan dan tertuduh membayar denda berkenaan.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa melakukan khianat dengan merosakkan telefon bimbit Iphone X milik Jocelyn Foo Qai Yen, 20, sehingga menyebabkan kerugian RM25.

Kesalahan itu dilakukan tepi Jalan Sungai Long, Bandar Sungai Long di sini pukul 2 petang pada 3 Ogos lalu yang didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

Hukuman bagi seksyen itu memperuntukkan penjara minimum setahun dan maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa dengan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap Jocelyn di sebuah kedai serbaneka Bandar Sungai Long pada waktu dan tarikh yang sama.

Untuk pertuduhan kedua itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Terdahulu, peguam bela tertuduh, S. Priyalatha, memohon tertuduh dikenakan denda minimum dan munasabah bagi kedua-dua pertuduhan terbabit.

“Suami anak guam berusia 54 tahun tidak bekerja atas faktor kesihatan dan usia, selain mempunyai penyakit kolestrol yang tinggi dan bergantung kepada ubat. Tertuduh bergantung kepada duit simpanan suami untuk menyara hidup.

“Anak guam adalah ibu empat anak berusia lapan hingga 21 tahun selain pengalaman tertuduh direman sebelum ini menjadi pengajaran kepadanya, selain berjanji tidak akan mengulangi kesalahan terbabit,” katanya.

Bagaimanapun Timbalan Pendakwa Raya, Norfarhanim Abdul Halim, memohon hukuman sewajarnya sebagai pengajaran kepada tertuduh dan masyarakat supaya tidak melakukan kesalahan itu.

Sabtu lalu, media melaporkan polis telah menahan seorang wanita yang aksinya dirakam membuat kecoh di sebuah kolej swasta di Kajang, dekat sini, baru-baru ini.

Wanita berusia 51 tahun ditahan selepas polis menerima aduan daripada seorang pelajar kolej swasta wanita berusia 20 tahun.

Dalam video pertamanya, suspek kelihatan berada di dalam kereta dan didakwa mencampak wang ke atas jalan selepas tidak puas hati kerana tayar keretanya dikunci dan disaman penguatkuasa Majlis Perbandaran Kajang (MPK).

Dalam video kedua, suspek dilihat menghampiri dua pelajar kolej dengan seorang daripadanya sedang memegang telefon bimbit dan kelihatan seperti sedang membuat rakaman suara bersama rakannya.

Suspek kemudian mahu meminjam telefon bimbit berkenaan, tetapi pelajar perempuan itu memaklumkan dia sedang menggunakan gajet rakannya untuk membuat tugasan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI