fbpx

Wanita transgender minta bekas kekasih pulangkan testikel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wojciechowski (kiri) menuduh Kingsley (kanan) mengancam untuk mencederakannya. – Facebook

DETROIT, MICHIGAN – Seorang wanita transgender dari Michigan menuntut agar bekas teman lelakinya mengembalikan testikel miliknya yang dibuang dalam satu pembedahan, selepas organ itu didakwa disimpan di dalam peti sejuk, lapor akhbar New York Post semalam.

Brianna Kingsley, 40, memfailkan afidavit dengan mendakwa bahawa William Wojciechowski, 37, menyimpan buah zakar miliknya itu yang dibuang menerusi pembedahan. Ia dikatakan disimpan di dalam balang dan diletakkan di dalam peti ais bersebelahan telur.

“Tuntutan pemulangan segera spesimen organ milik saya dengan ganti rugi sebanyak AS$6,500 (RM29,727),” demikian menurut  dakwaan yang difailkan di Mahkamah Daerah Pontiac, minggu lepas.

Sementara itu, Wojciechowski berkata, dia merancang untuk menggunakan dakwaan yang dikemukakan Kingsley sebagai bukti bahawa plaintif selama ini mengganggunya sejak mereka berpisah lapan bulan lalu.

Dia turut menuduh Kingsley mengancam untuk mencederakannya serta pergi ke tempat dia bekerja.

Wojciechowski pada 13 Disember tahun lalu berjaya mendapatkan surat arahan perlindungan peribadi yang dikeluarkan mahkamah.

Ia melarang Kingsley daripada membeli senjata api serta menegah transgender itu daripada berhubung dengan Wojciechowski secara peribadi, pihak ketiga atau media sosial. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI