fbpx

Tidak mustahil jujitsu butirkan emas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BARBOSA (dua dari kanan) percaya anak-anak didiknya mampu melakukan kejutan untuk membutirkan pingat emas pada Sukan Asia Hangzhou, Ching, September ini.

TIADA pingat gangsa dalam diari saya, demikian tegas jurulatih skuad jujitsu negara, Bruno Barbosa ketika ditanya sasaran barisan atletnya menjelang Sukan Asia Hangzhou, China yang membuka tirai September ini.

Katanya, beliau enggan meletakkan sasaran rendah kerana percaya anak-anak didiknya mampu melakukan kejutan untuk membutirkan pingat emas pada penampilan pertama Malaysia dalam sukan itu pada temasya berkenaan.

Menurutnya, peluang untuk membutirkan pingat emas bukan satu yang mustahil dalam jujitsu memandangkan sesiapa sahaja mampu melakukan kejutan meskipun mempunyai tahap tali pinggang rendah.

“Peluang itu sentiasa ada, sama macam sukan-sukan lain. Saya percaya tiada atlet yang sudah berusaha keras tidak mahu bawa pulang pingat emas.

“Ini yang kita sasarkan dan kami sedang berusaha dan berlatih dengan lebih gigih ke arah itu. Kami tidak sasar warna pingat lain selain emas.

“Malah, dalam sukan jiujitsu ini sendiri penuh dengan kejutan. Sesiapa sahaja yang bertanding mampu untuk menang tidak kira individu mempunyai tali pinggang hitam (tahap tertinggi), dia mungkin akan kalah kepada tali pinggang coklat,” katanya.

Ketika ditanya berkenaan atlet yang disandarkan untuk membawa pulang pingat emas, Bruno percaya ia mungkin akan hadir menerusi Cassandra J. Poyong.

Pada masa sama, beliau juga tidak menolak kemungkinan beberapa atlet lain juga mungkin akan mencipta kejutan pada temasya tersebut.

Bagi merealisasikan impian tersebut, Barbosa akan membawa Cassandra menjalani latihan di Brazil untuk meningkatkan pengalaman dan keyakinan untuk berdepan atlet lebih berpengalaman di China nanti.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI