fbpx

Pos Malaysia perkenal Pos Raudhah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ketua Peruncitan Pos Malaysia, Khazalin Ghuzal (kiri) dan Ketua Pegawai Eksekutif Bumijez Sdn. Bhd., Abdul Halim Hamzah memperkenalkan Pos Raudhah semalam.

PETALING JAYA – Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) memperkenalkan Pos Raudhah, iaitu pakej langganan yang menyediakan perlindungan untuk bantuan khidmat urusan jenazah 24 jam atau bantuan tunai untuk pengurusan pengebumian.

Perkhidmatan dengan kerjasama bersama Bumijez Sdn. Bhd. itu bertujuan memberi bantuan dan sokongan kewangan serta meringankan beban waris apabila menguruskan pengebumian selepas kematian orang tersayang.

Pos Raudhah kini tersedia di semua cawangan Pos Malaysia di seluruh Malaysia, terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang berumur setahun hingga 69 tahun, termasuk mereka yang beragama Islam dan bukan Islam, yang mana prosedur akan dijalankan mengikut syarat dan kesesuaian agama masing-masing.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pos Malaysia, Charles Brewer berkata, pengenalan Pos Raudhah mengukuhkan komitmen syarikat untuk menyampaikan bantuan dan sokongan menyeluruh kepada komuniti pada detik-detik paling sukar dalam hidup.

“Pos Raudhah bukan sekadar inisiatif perniagaan, ia mencerminkan keprihatinan ikhlas kami terhadap kesejahteraan masyarakat.

“Pos Malaysia, dengan sejarah lebih 200 tahun, berbangga untuk mempelbagaikan tawaran kami demi manfaat rakyat Malaysia.

“Dengan pejabat pos yang berfungsi sebagai hab komuniti yang menyediakan pelbagai produk dan perkhidmatan, komitment kami terhadap inovasi kekal teguh, seiring dengan usaha kami untuk terus memberikan nilai kepada rakyat,” tambahnya.

Pelanggan boleh memilih daripada dua pakej mampu milik iaitu Pakej 80 (RM80 setahun) atau Pakej 120 (RM120 setahun), dan keahlian boleh diperbaharui setiap tahun.

Pakej langganan khairat kematian ini meliputi bantuan nasihat, bantuan dokumentasi, khidmat van jenazah, memandikan dan mengkafankan jenazah, solat jenazah, pengebumian dan bacaan talkin.

Selain itu, Pos Raudhah juga menyediakan dana Kemalangan Diri Takaful yang menawarkan dana tambahan sehingga RM10,000.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI