fbpx

Lelaki kantoi seludup 25,754 liter diesel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota PPM Wilayah 5 Sibu semasa menjalankan pemeriksaan ke atas dua buah kapal di Sungai Batang Igan, semalam.

SIBU – Seorang lelaki ditahan ketika sedang memindahkan kira-kira 25,754 liter diesel seludup dari dua buah kapal di sebuah jeti persendirian di Sungai Batang Igan, di sini.

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Zulkipli Suhaili berkata, suspek berusia dalam lingkungan 40 tahun itu dicekup oleh sepasukan anggota Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 5 yang menjalankan Op Taring Pensura kira-kira pukul 10.50 pagi semalam.

“Hasil pemeriksaan menemui dua buah kapal bersama-sama muatan diesel disyaki disimpan tanpa lesen dan permit yang sah dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

“Pasukan operasi turut berjaya menangkap seorang lelaki warga tempatan yang sedang menjalankan kerja pemindahan diesel dari dua buah kapal berkenaan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Zulkipli menambah turut dirampas dua buah pam minyak serta satu unit hos muncung, menjadikan nilai keseluruhan rampasan dianggarkan sebanyak RM259,060.

Katanya kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan tangkapan serta rampasan diserahkan kepada pihak KPDN Bahagian Sibu untuk tindakan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI