fbpx

Import lembu hidup Australia disekat, produk daging boleh masuk pasaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azhari Sharidan ketika berucap pada sesi Bicara Santai Maqis bersempena Hari Bertemu Pelanggan di Putrajaya hari ini.

PUTRAJAYA – Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) hanya mengenakan sekatan pengimportan lembu hidup dari Australia sejak Jumaat lepas.

Timbalan Ketua Pengarahnya, Dr. Azhari Sharidan Abu Bakar berkata, namun produk daging ruminan negara itu yang disembelih masih lagi boleh memasuki pasaran Malaysia.

“Kita cuma larang import sebarang lembu yang hidup daripada Australia, namun jika telah disembelih, produk itu tiada masalah ketika ini,” katanya pada sidang akhbar selepas sesi Bicara Santai Maqis bersempena dengan Hari Bertemu Pelanggan di sini hari ini.

Pada 4 Ogos lalu, Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) mengeluarkan arahan sekatan import lembu Australia ekoran penularan kes penyakit kulit kental (LSD) di negara itu.

Mengulas lanjut, Azhari Sharidan berkata, Australia walau bagaimanapun bukan negara sumber utama lembu import berikutan sebahagian besar ruminan itu datang dari Thailand.

Menyentuh tahap kesihatan produk daging ruminan negara berkenaan, beliau berkata, isu itu tiada berbangkit kerana sudah diaudit ketat pihak JPV serta agensi berkaitan di sana.

Azhari Sahridan menambah, setakat ini hanya ada 100 permit pengimportan lembu Australia di Malaysia dan jumlah itu kurang kerana kos ruminan negara berkenaan amat mahal. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI