fbpx

Ekspresi diri dengan mesej positif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Setiap orang harus menghormati hak orang lain dalam berfesyen.

Semestinya setiap masyarakat tidak kira di mana pun mempunyai kesedaran tentang fesyen dan gaya sama ada sedar atau luar sedar. Kadangkala fesyen dan style (gaya) adalah sesuatu yang sukar didefinisikan, berkemungkinan kerana ia melibatkan a certain degree of effortlessness. Untuk memudahkan, anda fikirkan ia begini: style (gaya) terdapat di sekeliling kita – bukan hanya pakaian yang kita pakai tetapi termasuklah kereta yang kita pandu, irama muzik yang kita dengar, telefon bimbit yang kita gunakan dan sebagainya.

Falsafah hidup
Lebih mudah juga jika anda memikirkan style (gaya) sebagai lifestyle (gaya hidup) bukan hanya cara kita memilih pakaian, but also the way we approach everything else. Namun, bagi berpakaian, mengaplikasi falsafah hidup kita dalam cara kita berpakaian, adalah salah satu cara mengintegrasikan personaliti diri dalam penampilan kita sehari-hari.

Ia memudahkan kita untuk mengadaptasi atau menyesuaikan pakaian yang sedia ada kita miliki untuk ke pejabat, beriadah hingga ke hujung minggu. Sememangnya ekspresi personaliti diri lahir melalui gaya penampilan yang kita pilih.

Identiti
Kini, memakai hanya pakaian berjenama dan mengenakan aksesori pereka fesyen atau jenama terkenal dan mahal dari hujung rambut ke hujung kaki tidak lagi menjadi tarikan wanita. Lebih penting dan menjadi keutamaan adalah gaya ekspresi individu tersendiri.

Setiap gaya adalah luahan rasa si pemakainya. Idea dan cita rasa adalah sesuatu yang subjektif. Setiap individu inginkan identiti tersendiri, tidak mahu dikongsi dengan orang lain. Kini, tidak ramai yang mahu meniru dan menjadi klon personaliti atau selebriti terkenal. Sememangnya kita tidak perlu menjadi orang lain untuk terkenal.

Kesesuaian

Fesyen adalah sesuatu yang ceria serta gaya ekspresi individu yang tersendiri dan dapat mempertingkat keyakinan serta keterampilan diri.
Kita akui, cita rasa manusia adalah sangat subjektif dan bersifat sejagat. Setiap individu berhak berfesyen mengikut kemampuan dan cita rasanya. Namun begitu, ia perlu disesuaikan dengan budaya, latar belakang masyarakat setempat.

Mesej positif
Adalah penting untuk berpakaian dengan gaya yang boleh menyampaikan mesej positif serta paling utama penampilan anda juga perlu nampak bersahaja (effortless) dan natural. Memakai pakaian yang tidak kena dengan diri anda adalah kesalahan paling besar yang anda lakukan dalam terma fesyen.

Imej yang hebat, anggun dan berhemah merupakan simbol wanita kontemporari. Ia cukup signifikan bagi wanita yang mahukan a sense of authority, credibility & class pada keterampilan mereka.

Budaya kotemporari
Sememangnya kita perlu meluaskan perspektif terhadap fesyen dan menghormati hak orang lain berfesyen. Ini adalah fenomena yang mendefinisikan budaya kotemporari. Yang pasti, fesyen juga mempunyai kaitan kuat terhadap masa silam – memori, tanda mata, harga diri dan sejarah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI