fbpx

44,154 Orang Berinsurans Perkeso dapat kembali bekerja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohammed Azman (tengah) menyampaikan sumbangan tajaan peralatan keusahawanan kepada Tengku Mohamad Amirul (dua dari kiri) di Kampung Hutan Banggol, Kota Bharu hari ini. Foto oleh ROSMIZAN RESDI/ KOSMO!

KOTA BHARU – Program Return To Work (RTW) berjaya membantu seramai 44,154 Orang Berinsurans (OB) Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) agar dapat kembali bekerja sejak tiga tahun lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Perkeso, Datuk Seri Dr. Mohammed Azman Aziz Mohammed berkata, jumlah itu merupakan sebahagian daripada 63,399 OB yang melibatkan fizikal dan mental telah menerima manfaat tersebut sejak 2020 sehingga Jun lalu.

“Program RTW Perkeso membantu mengembalikan semula pekerja yang telah direhabilitasi ekoran hilang upaya akibat kecederaan atau penyakit ke alam pekerjaan.

“Selain itu, program tersebut juga membantu pekerja yang mengalami penyakit psikiatri untuk kembali produktif dalam dunia pekerjaan,” katanya kepada pemberita semasa Majlis Penyerahan Peralatan Bengkel Tajaan Program Cakna Prihatin di Kampung Hutan Banggol di sini hari ini.

Dalam majlis itu, Mohammed Azman menyerahkan peralatan bengkel kereta bernilai RM4,060 kepada pengusaha bengkel kereta, Tengku Mohamad Amirul Akmal.

Mengulas lanjut, beliau berkata, program RTW itu turut dilaksanakan secara kerjasama dengan hospital-hospital di Malaysia menerusi Program Re-employment Support, Treatment and Rehabilitation Team (Restart).

Katanya, Restart adalah kerjasama cawangan RTW Perkeso dengan Pusat Kesihatan Mental Komuniti, Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental, Kementerian Kesihatan.

“Sehingga kini, hampir 30 hospital kerajaan di seluruh negara telah bekerjasama termasuk lima daripadanya di Kelantan iaitu Hospital Raja Perempuan Zainab II, Hospital Sultan Ismail Petra, Pusat Kesihatan Mental Komuniti Ketereh, Hospital Tanah Merah dan Hospital Universiti Sains Malaysia,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI