fbpx
Gambar hiasan

Masih adakah orang baik dalam politik?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LAPAN hari dari sekarang, kuasa pemerintah di enam negeri akan dimuktamadkan. Ia ditentukan oleh kira-kira 9.7 juta pengundi berdaftar termasuk 661,905 pengundi muda berusia antara 18 hingga 20 tahun.

Pengundi muda ini mungkin mentah pada usianya, namun mereka adalah kumpulan rakyat yang paling berpengaruh. Mereka boleh menjadi penentu kemenangan kepada sesebuah parti.

Kumpulan orang muda ini juga dilabel sebagai individu paling lantang bersuara. Bagi mereka, lapangan politik itu arasnya sangat tinggi, tapi miliki kualiti yang cukup rendah.

Tanggapan itu bertitik tolak daripada watak-watak politikus yang mendominasi sistem pentadbiran masa kini. Sangat kelam-kabut dan penuh caca-marba. Buktinya dapat dilihat pada kempen-kempen yang sedang rancak berjalan.

Fitnah bertebaran di sana-sini. Tidak cukup dengan itu, tuduh menuduh dan saling menyalahi turut menjadi modal yang dimomokkan kepada penyokong.

Benar, kempen sebegitu tidak salah dan sudah menjadi budaya dalam sistem demokrasi. Namun diakhirnya, rakyat yang menjadi penentu.

Ada pengundi memilih calon kerana wangnya, tetapi ada juga yang memilih kerana kepercayaan dan keyakinan. Kuasa wang mungkin akan menang, tetapi ia tidak kekal lama. Itu teori yang telah dan pernah berlaku dalam sejarah politik negara.

Politik itu juga unik, dan atas sebab itu ada yang beranggapan pemain politik semestinya mereka yang licik dan bijak menyusun strategik.

Hakikatnya, Pilihan Raya Negeri (PRN) berbeza dengan Pilihan Raya Umum (PRU). PRU adalah bagi memilih Ahli Parlimen yang kemudian diberi mandat menggubal undang-undang di peringkat Persekutuan menerusi sidang Dewan Rakyat.

PRN pula lebih spesifik dan lebih dekat dengan rakyat setempat. Ia juga bertujuan memilih wakil rakyat. Mereka ini akan mewakili kawasan masing-masing untuk berada di Dewan Undangan Negeri (DUN) dan bertanggungjawab sebagai penggubal undang-undang bagi satu negeri saja.

Dalam hal memilih calon, ramai yang merasakan bahawa orang yang baik itu sebenarnya tidak layak memasuki kancah politik kerana politik itu penuh muslihat dan putar-belit.

Namun, tanpa orang baik, sistem politik itu tidak akan sempurna dan akan terus berantakan. Justeru, pemimpin-pemimpin baik perlu sentiasa berada dalam lingkungan politik semasa.

Setidak-tidaknya mereka boleh menegur dan memperbaiki dengan seadanya demi keadilan buat rakyat.

Atas matlamat itu, rakyat perlu memikul amanah yang besar. Kita perlu memilih mereka yang berniat baik untuk memperbaiki kehidupan rakyat dan negara.

Seperti kata pemikir dan ilmuan dari Indonesia, Prof. Rocky Gerung, bukan politik yang jahat dan bukan demokrasi yang kejam, tetapi orang yang berada di dalamnya adalah mereka yang tidak layak.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN