fbpx

Giliran PSG ganggu harmoni Real Madrid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TCHOUAMENI menjadi salah seorang pemain Real yang sedang diburu oleh PSG sebelum jendela perpindahan kali ini ditutup. - AFP

PARIS – Kelab gergasi Ligue 1, Paris Saint-Germain (PSG) dilapor bercadang untuk ‘membalas dendam’ ke atas kelab La Liga, Real Madrid kerana menimbulkan suasana tidak harmoni di bilik persalinan pasukan itu melibatkan perpindahan Kylian Mbappe.

The Parisians dikatakan mahu menandatangani empat pemain utama The Galacticos sebelum jendela perpindahan ditutup dengan pemain seperti Eduardo Camavinga, Aurelien Tchouameni, Rodrygo dan Nico Paz menjadi sasaran.

Sebagai rekod, Real telah ‘mengacau’ tumpuan Mbappe apabila menghasut pemain itu untuk tidak menandatangani kontrak baharu memandangkan tempoh kontraknya ketika ini hanya berbaki sehingga penghujung musim nanti.

Situasi tersebut membuatkan PSG meletakkan pemain antarabangsa Perancis itu dalam pasaran, tetapi Real tidak serius untuk membuat bidaan rasmi dan mahu menandatangani khidmatnya secara percuma tahun depan.

Sebaliknya, kelab gergasi Arab Saudi, Al Hilal pula yang membuat bidaan rasmi dengan rekod dunia bulan lalu, tetapi gagal mendapat persetujuan Mbappe yang menolak sebarang perbincangan dengan kelab berkenaan.

Dalam pada itu, pengendali PSG, Luis Enrique mengancam untuk ‘angkat kaki’ meskipun baru sebulan membimbing pasukan itu selepas menggantikan posisi yang ditinggalkan Christophe Galtier.

Menurut laporan, Enrique difahamkan sudah tidak tahan dengan pemilik kelab serta barisan pengurusan tertinggi yang sering mengganggu urusan di atas padang terutama dalam menangani saga perpindahan melibatkan penyerang utama, Kylian Mbappe.

Malah, Pengarah Sukan PSG, Luis Campos juga sedang pertimbangkan untuk meletakkan jawatan apabila Mbappe diletakkan dalam pasaran pemain untuk dijual pada jendela perpindahan kali ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI