fbpx

[VIDEO] 2 tahun terpenjara, Double Trouble 2 saksi kemunculan perdana Ismahalil Hamzah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Selepas dua tahun ‘terpenjara’ angkara dadah yang bukan kesalahannya, bekas penyampai radio popular, Ismahalil Hamzah buat pertama kali muncul di pentas Konsert Double Trouble 2 di Stadium Melawati, Shah Alam, malqm ini.

Isma yang sinonim dengan konsert dan imej rock, tampil di pentas mega berkenaan tepat pukul 8.45 malam sebagai hos konsert yang menggabungkan dua band besar iaitu Search dan Barbarik.

Seperti penampilannya sebelum ini, penyampai radio berusia 50 tahun itu setia menggayakan penutup kepala berwarna hitam.

Isma menggalas tanggungjawab itu selama beberapa minit sebelum menyerahkan pentas kepada kumpulan Barbarik.

Pada 17 Julai lalu, bekas penyampai radio Bapakku FM itu dibebaskan Mahkamah Tinggi daripada tuduhan mengedar dadah jenis kanabis seberat 374.6 gram dua tahun lalu.

Selepas keputusan berpihak kepadanya, Isma menangis dan melakukan sujud syukur kerana bebas daripada hukuman mati.

Sebelum ini, Ismahalil, didakwa mengedar kanabis seberat 374.6 gram di sebuah rumah di Jalan Semarak, Wangsa Maju pada pukul 5.35 petang pada 27 Ogos 2021. – KOSMO! ONLINE

 

View this post on Instagram

 

A post shared by HibGlam (@hibglam.com.my)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI