fbpx

[VIDEO] Pelari Somalia ‘joging’ rupanya anak saudara pengerusi olahraga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nasra menerima kritikan meluas selepas video lariannya yang tidak memuaskan. - MailOnline

MOGADISHU – Pengerusi Persekutuan Olahraga Somalia digantung tugas selepas tersebarnya dakwaan bahawa seorang pelari pecut wanita yang menduduki tempat terakhir dan mencatat masa paling perlahan dalam acara larian 100 meter (m) adalah anak saudaranya, lapor portal berita MailOnline semalam.

Kementerian Belia dan Sukan Somalia menuduh pengerusi itu, Khadija Aden Dahir melakukan penyalahgunaan kuasa dan nepotisme selepas Nasra Abubakar Ali mencatatkan masa hampir 22 saat dalam acara larian tersebut ketika menyertai kejohanan Sukan Universiti Dunia (FISU) di Chengdu, China Isnin lalu.

Menteri Sukan Somalia, Mohamed Barre Mohamud melancarkan siasatan terhadap pemilihan Nasra dengan berkata bahawa Khadija terlibat dalam tindakan salah guna kuasa, nepotisme dan mencemarkan nama negara.

Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan kemudian diarahkan untuk menggantung tugas Khadija selepas para pengguna media sosial tidak berpuas hati mengenai kaitannya dengan Nasra.

Mohamud berkata, siasatan yang dijalankan bersama Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan mendedahkan bahawa Nasra bukanlah seorang ahli sukan, mahupun seorang pelari pecut.

Penyiasat-penyiasat mendapati bahawa tidak ada Persatuan Sukan Universiti Somalia yang berdaftar dan dokumen mungkin dipalsukan bagi membolehkan Nasra bertanding di temasya itu.

“Kementerian dengan tegas akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Pengerusi Persekutuan Olahraga Somalia dan individu bertanggungjawab berikutan pemalsuan Persatuan Sukan Universiti Somalia,” menurut  satu kenyataan. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI