fbpx

Adam Adli sedia berdebat dengan Syed Saddiq selepas PRN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Poster yang dikongsi Syed Saddiq sebentar tadi di media sosialnya tanpa gambar Adam Adli.

PETALING JAYA – Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abd. Halim bersedia untuk menerima jemputan Presiden MUDA, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman untuk berdebat.

Bagaimanapun Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) itu berkata, sewajarnya acara berkenaan diadakan selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) yang bakal berlangsung 12 Ogos ini selesai.

“Ketika kempen PRN sedang hangat berlangsung ‘pentas’ yang ada sewajarnya diberikan kepada calon-calon yang bertanding. Biar mereka dapat lebih pendedahan berbanding kita yang ada kelebihan dari segi perhatian media dan masyarakat selama ini. Ini masa untuk serlahkan mereka.

“Saya cadangkan sempena PRN ini, kita beri peluang dahulu kepada calon-calon muka baharu kita berdebat. Beri tumpuan kepada suara mereka.

“Urusan antara kita ini boleh diadakan selepas selesai PRN. Insya-Allah. Tetapkan perimeternya nanti,” katanya dalam hantaran di media sosial hari ini.

Terdahulu, Syed Saddiq menjemput Adam Adli dan Ketua Pemuda Perikatan Nasional (PN), Ahmad Fadhli Shaari untuk berdebat secara terbuka mengenai cabaran yang dihadapi oleh belia pada masa kini.

Debat terbuka itu diadakan bagi memberi peluang untuk menyampaikan polisi dan inisiatif parti masing-masing.

Syed Saddiq berkata, acara berkenaan bagi menyambut seruan Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli agar perbahasan isu-isu negara dilakukan secara berdebat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI