fbpx

1.2 juta pil methamphetamine campuran kanabis dirampas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lebih 1.2 juta pil methamphetamin campuran ganja dirampas dalam serbuan pihak berkuasa di Sungai Mekong, Nakhon Phanom, baru-baru ini. - Sanook

BANGKOK – Pasukan tentera dan pihak berkuasa Thailand berjaya merampas lebih 1.2 juta pil methamphetamine yang mengandungi campuran ganja selepas melakukan serbuan di Sungai Mekong, wilayah Nakhon Phanom, lapor portal berita Thaiger semalam.

Sebahagian pil dihasilkan dengan menggunakan formula baharu itu ditemui di dalam bungkusan penyahlembapan yang ditampal sejenis setem unik.

Sumber mendakwa dadah itu akan dibekalkan untuk pasaran rekreasi.

Pasukan penguatkuasaan diketuai Komander Tentera Laut Mekong, Laksamana Muda Kasidi Klinsrisuk itu memeriksa tempat simpanan dadah yang terlebih dahulu ditemui oleh Ketua Stesen Tentera Laut Tha Uthen, Leftenan Thanapong Sudrak bersama pegawai-pegawai lain.

Sebanyak 120 bungkusan pil dadah yang dimuatkan ke dalam tiga buah beg telah ditemui.

Sebanyak 40 bungkusan didapati mengandungi formula baharu methamphetamine yang dikapsulkan dalam bungkusan plastik penyahlembapan dan dicetak dengan daun ganja serta dicap dengan frasa bahasa Inggeris ‘Don’t Worry Be Happy’.

Mereka menganggarkan jumlah rampasan mencecah 400,000 pil methamphetamine dengan harga jalanan antara 150 baht (RM19) hingga 200 baht (RM26) setiap satu. 

Pegawai turut merampas sebuah motosikal yang berada di tempat kejadian. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI