fbpx

Umar ketujuh terbaik Universiade Chengdu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
UMAR menamatkan aksi final 400m Universiade Chengdu pada kedudukan ketujuh di Stadium Shuangliu sebentar tadi. - SUKAN IPT

PETALING JAYA – Jaguh olahraga negara, Umar Osman tetap boleh mendabik dada walaupun terlepas podium Sukan Universiti Dunia (Universiade) Chengdu, China.

Umar yang akan genap usia 20 tahun pada 11 Ogos ini, menamatkan perlumbaan final 400 meter (m) pada kedudukan ketujuh daripada lapan peserta akhir pada aksi di Stadium Shuangliu sebentar tadi.

Bagaimanapun, pujian tinggi harus diberikan kepada atlet dari Johor Bahru itu walaupun melintasi garisan penamat dengan catatan masa 46.41 saat (s).

Apa tidaknya, Umar masih konsisten dengan catatan masanya selepas mencipta sensasi memecahkan rekod kebangsaan dua kali berturut-turut sewaktu pusingan pertama, 46.33s dan separuh akhir, 46.09s sebelum ini.

“Saya tak jangka terpaksa berlari di lorong paling dalam. Saya lebih suka di lorong lapan tetapi saya terpaksa teruskan juga.

“Saya minta maaf tak dapat menyumbang pingat, ini pengalaman paling berharga untuk saya,” kata Umar.

Secara keseluruhan, ia adalah kali ketiga Umar memecahkan rekod kebangsaannya dalam tahun ini sejak kali pertama melakukannya dengan masa 46.34s, memadam rekod lama 46.41s milik Mohd. Zaiful Zainal Abidin di Kemboja pada Mei lalu.

Pingat emas 400m Universiade Chengdu dimenangi atlet Portugal, Joao Ricardo Agostinho Coelho dengan rekod baharu kejohanan iaitu 44.79s.

Atlet Australia, Reece Nathaniel Holder terpaksa akur meraih pingat perak menerusi penentuan photo-finish, manakala gangsa menjadi milik pelari Romania, Mihai-sorin Dringo dengan masa 46.27s. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI