fbpx

Lelaki patah pergelangan tangan kiri akibat ditembak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KESAN tembakan pada kenderaan yang dinaiki mangsa dipercayai kejadian berlaku di tepi jalan utama Segari-Pantai Remis, petang kelmarin. - Foto MEDIA SOSIAL

LUMUT – Seorang lelaki berusia 26 tahun patah pergelangan tangan kiri selepas dipercayai ditembak dua lelaki tidak dikenali di hadapan sebuah rumah kosong di Jalan Segari-Pantai Remis, di sini petang semalam.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Mohamed Nordin Abdullah berkata, kejadian berlaku ketika mereka sedang melakukan urus niaga sarang burung walit.

“Kira-kira pukul 5.05 petang semalam, pihak polis menerima maklumat daripada orang awam mengenai kejadian itu. Hasil pemeriksaan di tempat kejadian menemui dua butir kelongsong peluru,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, mangsa dalam keadaan stabil dan menerima rawatan di hospital. Punca sebenar kejadian itu masih dalam siasatan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Ibu Pejabat Polis Daerah Manjung, Inspektor Muhamad Irsyadiman Allmui di talian 011-17836233. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI