fbpx

Dua warga asing dicekup cuba sogok polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua suspek yang ditahan polis.

SHAH ALAM – Cubaan dua lelaki warga asing menyogok polis sebanyak RM170 bagi mengelak disaman kerana memandu tanpa lesen membawa padah apabila dicekup, Isnin lalu.

Kedua-dua mereka merupakan warga Pakistan dan India berusia 34 dan 37 tahun ditangkap pukul 1.05 tengah hari.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, kejadian berlaku ketika anggota polis sedang membuat tugasan di Jalan Bukit Cerakah Seksyen U14 di sini.

Katanya, siasatan oleh pihak polis mendapati suspek memandu sebuah kenderaan pelbagai guna jenis Perodua Alza telah menawarkan sejumlah wang tunai kepada anggota polis yang bertugas di lokasi tersebut.

“Sogokan itu bagi mengelakkan disaman kerana suspek tidak mempunyai lesen memandu Malaysia yang sah. Nilai sogokan itu adalah sebanyak RM170,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Difahamkan, anggota polis bertugas telah memberikan amaran sebanyak tiga kali namun tidak diendahkan suspek yang terus memaksa untuk menyogok anggota terlibat.

Jelas Mohd. Iqbal, kedua-dua suspek kini direman selama empat hari sehingga esok dan kes disiasat mengikut Seksyen 17(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) 2009. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI