fbpx

Pangsapuri terbakar, budak dicampak dari tingkat 6

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Asap hitam keluar dari tingkap bangunan itu ketika mangsa cuba diselamatkan. - YouTube

ASTANA, Kazakhstan – Seorang kanak-kanak dicampak dari tingkat enam sebuah bangunan pangsapuri yang terbakar di Almaty, Kazakhstan semalam, demi menyelamatkannya, lapor akhbar Daily Star. 

Video yang memaparkan situasi tegang ketika orang ramai berusaha menyelamatkan diri daripada kebakaran itu tular selepas dimuat naik di laman YouTube.

Kanak-kanak itu kelihatan dipegang di luar tingkat enam ketika sekumpulan lelaki bersiap sedia memegang tilam di bawah bangunan untuk menyambut mangsa.

Ketika itu, asap hitam dilihat berkepul-kepul keluar dari tingkap bangunan tersebut.

Selepas berjaya menyambut kanak-kanak itu, kumpulan lelaki itu kemudian bersiap sedia menyambut seorang wanita yang cuba melompat untuk menyelamatkan diri.

Jurucakap Jabatan Kecemasan Almaty (DES) berkata: “Sebaik sahaja tiba, tingkat lima sebuah apartmen 16 tingkat didapati terbakar.”

Laporan mendapati kabel elektrik terbakar di tingkat lima dan enam. 

Seramai 50 anggota penyelamat dan 14 jentera bomba dikerahkan untuk memindahkan seramai 200 hingga 300 orang dari bangunan itu.

Jabatan Kesihatan Almaty melaporkan, setakat pukul 6.30 petang (waktu tempatan), kira-kira 31 orang dibawa ke hospital bandar itu dengan 16 daripadanya kanak-kanak. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI