fbpx

JKDM sasar 4,248 syarikat baharu layak bayar cukai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WAN SAADAH (memegang bendera) menyempurnakan majlis pelepasan operasi khas JKDM di Ibu Pejabat Kastam Johor, Johor Bahru hari ini.

JOHOR BAHRU – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) mensasarkan sebanyak 4,248 syarikat baharu di seluruh negara yang berkelayakan membuat pembayaran cukai syarikat, bermula tahun ini.

Penolong Ketua Pengarah Kastam (Bahagian Cukai Dalam Negeri) JKDM, Wan Saadah Mohamed Muhibbuddin berkata, agensi berkenaan telah memulakan operasi khas pengesanan pendaftar baru itu bermula semalam.

Menurut beliau, kutipan cukai itu melibatkan cukai jualan, cukai perkhidmatan dan cukai pelancongan.

“Operasi ini dijalankan secara serentak di seluruh Malaysia, dimana JKDM mensasarkan sebanyak 4,248 perniagaan yang layak membayar cukai syarikat iaitu selepas mencatat perolehan tahunan sebanyak RM500,000.

“Manakala bagi Johor pula, kita sasarkan sebanyak 546 syarikat baharu yang berpotensi,” katanya ketika berucap pada majlis pelepasan operasi khas yang diadakan di Ibu Pejabat JKDM Johor, di sini hari ini.

Wan Saadah turut memberitahu, JKDM telah merekodkan sebanyak 86 peratus kutipan cukai syarikat daripada keseluruhan syarikat yang berdaftar.

Tambah Wan Saadah, antara alasan yang kerap diberikan syarikat-syarikat yang gagal membuat pendaftaran adalah mereka tidak tahu bahawa perlu berbuat demikian apabila perolehan syarikat mencapai RM500,000. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI