fbpx

Surat larang Abdul Hadi masuk Arab Saudi palsu – Mohd. Na’im

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd Na'im ketika menyambut kumpulan jemaah haji terakhir di KLIA hari ini.

SEPANG – Kenyataan yang tular sejak semalam mendakwa kononnya Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dilarang keras untuk memasuki Arab Saudi disahkan palsu.

Perkara itu dimaklumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar yang menerima pengesahannya daripada Kedutaan Arab Saudi.

“Saya sudah menghubungi Timbalan Duta Besarnya di Kuala Lumpur, Dr. Saleh Ali Ismail Bedaiwi yang mengesahkan ia sebagai tidak benar,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Terdahulu, beliau hadir menyambut kepulangan kumpulan terakhir jemaah haji negara ini iaitu KT110 seramai 270 orang menaiki pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH8391.

Ketibaan mereka dari Madinah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menandakan secara rasmi berakhirnya operasi haji bagi musim 2023 Masihi /1444 Hijrah.

Semalam, pengguna media sosial tempatan gempar dengan penularan surat yang konon diterbitkan Kementerian Luar Arab Saudi di Riyadh bertarikh semalam mengenai isu itu.

Dalam perkembangan lain, Mohd Na’im memaklumkan seramai 13 orang jemaah haji berusia lingkungan 50 hingga 70 tahun dilaporkan meninggal dunia ketika berada di Tanah Suci bagi musim haji kali ini.

Katanya, daripada jumlah itu hanya tiga jemaah meninggal dunia sebelum sempat melakukan ibadah wukuf manakala lima jemaah ketika ini masih menerima rawatan di negara berkenaan. – KOSMO ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI