fbpx

Pengasas OceanGate mahu hantar manusia ke Zuhrah pula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Syarikat OceanGate mahu menghantar manusia ke planet paling panas, Zuhrah menjelang 2050. - AFP

WASHINGTON – Pengasas bersama syarikat OceanGate, Guillermo Sohnlein menyatakan dalam satu temu bual bahawa dia kini menyasarkan untuk menghantar manusia ke planet Zuhrah menjelang 2050, lapor laman berita Wion News semalam.

OceanGate yang berpangkalan di Amerika Syarikat adalah syarikat sama yang menghantar sebuah kapal selam buatannya, Titan untuk menyaksikan bangkai Titanic sebelum ia meletup di dasar Lautan Atlantik pada Jun lalu.

Insiden itu mengorbankan nyawa kelima-lima penumpang yang menaikinya.

Dalam satu temu bual dengan laman berita Insider, Sohnlein, yang juga pengasas dan pengerusi Humans2Venus berkata, dia berharap syarikat baharunya boleh menghantar kira-kira  1,000 manusia ke Zuhrah, yang merupakan planet paling panas dalam sistem suria.

“Menghantar manusia ke Zuhrah adalah satu aspirasi, tetapi saya fikir ia boleh dilakukan menjelang 2050,” katanya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI