fbpx

Kelantan teruskan bas percuma bawa balik mahasiswa mengundi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad (dua dari kiri) menunjukkan risalah 18 tawaran Pas kepada rakyat Kelantan. -Foto KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN

TANAH MERAH – Kelantan meneruskan bantuan perkhidmatan pengangkutan bas secara percuma untuk pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan institusi pengajian tinggi awam (IPTS) di seluruh negara untuk pulang mengundi.

Pesuruhjaya Pas Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata, perkhidmatan itu merupakan sesuatu yang diperlukan oleh pelajar-pelajar terutamanya daripada golongan susah dan ia merupakan janji kerajaan negeri sebelum ini kepada rakyat.

“Sekarang musim cuti dan ramai pelajar akan balik ke kampung. Sekiranya masih ada pelajar berasal dari Kelantan memerlukan bantuan untuk balik menunaikan tanggunjawab mereka maka, kita akan teruskan.

“Ini merupakan janji kerajaan negeri sebelum ini kepada rakyat kita,” katanya pada sidang akhbar selepas Ceramah dan Pelancaran Program Perikatan Nasional (PN) Kelantan: Kelantan Maju Rakyat Sejahtera di Dataran Majlis Daerah Tanah Merah, di sini malam tadi.

Mengulas lanjut, Ahmad memberitahu, perkhidmatan bas percuma itu bukan membeli undi sehingga ada yang mempersoalkan tindakan itu dengan menganggap bantuan kepada pelajar-pelajar pada musim pilihan raya sebagai berunsur sogokan.

Menurutnya, tawaran perkhidmatan itu diberikan kepada rakyat tanpa menyebut parti yang perlu disokong golongan siswa dan siswi.

“Tawaran kita kepada rakyat kita baru-baru ini (bantuan bas percuma) tanpa menyebut parti. Jadi, kenapa bantuan itu dipertikai?

“Kita tahu mereka ini (pelajar-pelajar) ada yang terdiri daripada golongan susah dan tiada duit, tetapi mengundi satu kewajipan. Jadi kerajaan negeri sediakan pengangkutan percuma, itu pun dipertikai,” katanya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI