fbpx

Hadiahkan Ferrari RM1.2 juta, hargai jasa isteri lahirkan ramai anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video tular pemberian hadiah kereta mewah oleh seorang suami kepada isterinya di laman sosial.

PETALING JAYA – Sebagai tanda terima kasih kerana melahirkan ramai cahaya mata, seorang lelaki membuat kejutan menghadiahkan sebuah supercar jenis Ferrari berharga RM1.2 juta kepada isterinya.

Berdasarkan video tular di media sosial, orang ramai dilihat berkumpul di tepi jalan di Sunway dekat sini untuk melihat kereta tersebut yang dibawa dengan treler dan dihiasi belon pelbagai warna.

Menerusi video sama, treler yang membawa kereta tersebut juga dikatakan telah menghalang jalan sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas.

Meninjau ke ruangan komen, orang ramai berasa terharu dan teruja dengan kejutan mewah lelaki tersebut.

“Bagus suami beri hadiah begini kepada isteri. Dia (isteri) layak memiliki semua ini,” kata seorang pengguna.

“Orang kaya tak apalah, boleh belikan hadiah mahal-mahal,” kata seorang netizen.

“Kalau kaya bolehlah beli. Tapi kalau miskin, boleh tengok dari tepi sahaja,” kata seorang lagi pengguna.

Setakat ini, video tersebut telah menerima lebih 1,000 tanda suka dan 20 komen – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI