fbpx

Polis buru pencuri tengkorak di kubur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek memecahkan penutup keranda yang menempatkan jasad Almeida dan meninggalkan mangkuk tembikar. - Jam Press/Tupi.fm

BRASILIA, Brazil – Polis Brazil sedang memburu suspek dipercayai pengamal sihir yang mencuri tengkorak milik jasad wanita mati dibunuh dari kuburnya, lapor akhbar New York Post kelmarin.

Sabrina Tavares de Almeida, 31, meninggal dunia selepas ditembak pada Ogos 2022, namun kuburnya digali semula pada Mac tahun ini.

Seorang pentadbir tanah perkuburan yang terletak di negeri Rio de Janeiro itu segera menghubungi polis selepas kejadian itu, manakala siasatan kini didedahkan kepada umum.

“Kami mendapati penutup konkrit telah dipecahkan. Penutup keranda kayu dalam kubur turut dipecahkan dan tengkorak dikeluarkan,” kata pakar jenayah, Fabio Barbosa Teixeira.

Teixeira percaya insiden itu tidak berkaitan dengan pembunuhan Almeida dan suspek dipercayai merupakan pengamal ilmu hitam kerana terdapat bukti lain ditemui di lokasi kejadian.

“Tengkorak digantikan dengan sebuah mangkuk tembikar yang mengandungi bahan bakar di dalamnya,” jelasnya. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI