fbpx

Lana Del Rey jual wafel, kerja di restoran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LANA DEL REY

HEBOH dalam media sosial apabila tersebar beberapa keping foto menunjukkan penyanyi Lana Del Rey sedang bekerja di sebuah restoran menjual wafel.

Dalam foto tersebut, kelihatan penyanyi berusia 38 tahun itu mengenakan sepasang seragam berwarna biru dan tertera tanda nama ‘Lana’ pada uniformnya.

Difahamkan, restoran tempat penyanyi yang popular menerusi lagu Violet Bent Backwards Over the Grass itu bekerja terletak di Florence, Alabama, Amerika Syarikat.

Beberapa pengunjung yang pernah ke restoran tersebut turut mengakui bahawa pelayan yang bekerja di situ adalah Lana Del Rey, walaupun bentuk tubuhnya kelihatan lebih berisi berbanding sebelum ini.

Bagaimanapun, sejak foto tersebut tersebar pada 20 Julai lalu, penyanyi itu tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan dan dilihat masih bekerja di restoran sama. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI