fbpx

57 pelajar terlibat kes buli di Melaka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

MELAKA – Seramai 57 pelajar di negeri ini telah dikenakan pelbagai tindakan disiplin selepas didapati terlibat dalam kes buli di sekolah.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama Negeri, Datuk Rahmad Mariman berkata, sebanyak 28 kes buli telah direkodkan berlaku di seluruh sekolah di negeri ini sejak awal tahun ini.

“Seramai 57 pelajar dikesan terlibat dalam kes-kes yang dilaporkan.

“Seramai 11 orang telah dikenakan tindakan amaran manakala amaran lisan (lima orang), dibuang sekolah (lapan orang), digantung sekolah (15 orang) dan rotan (18 orang),” katanya.

RAHMAD pada sidang akhbar Persidangan Kedua Penggal Kedua, DUN Melaka Ke-15 di Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka. – Foto oleh MUHAMMAD SHAHIZAM TAZALI / KOSMO!

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar Persidangan Kedua Penggal Kedua, Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka Ke-15 di Seri Negeri, Ayer Keroh di sini, hari ini.

Mengulas lanjut beliau berkata, antara punca yang mendorong kejadian tersebut adalah pengaruh permainan video dengan paparan aksi-aksi ganas.

“Hasil siasatan, perbuatan buli ini kebanyakannya disebabkan oleh pengaruh permainan video berbanding faktor lain seperti kesihatan mental.

“Pelajar ini cuba meniru aksi ganas itu terhadap golongan yang lemah. Justeru itu golongan ibu bapa disarankan untuk memantau aktiviti anak-anak daripada terdedah dengan unsur-unsur negatif ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI