fbpx

SPRM buka tujuh bilik gerakan, salur maklumat rasuah, salah laku

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka tujuh Bilik Gerakan Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-15 dan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Terengganu bagi memudahkan aduan serta penyaluran maklumat oleh orang ramai berhubung perbuatan rasuah dan salah guna kuasa sepanjang tempoh berkempen.

SPRM dalam kenyataan hari ini memaklumkan, kesemua bilik gerakan itu akan beroperasi sepanjang hari bermula hari ini hingga hari pengundian pada 12 Ogos.

“Bilik Gerakan PRN15 SPRM boleh dihubungi di talian 03-8891 1037 (Ibu Pejabat SPRM), Pejabat SPRM Selangor (03-55248318), Pejabat SPRM Negeri Sembilan (06-7625446) dan Pejabat SPRM Kedah (04-7001361).

“SPRM Pulau Pinang pula boleh dihubungi di talian 04-2271982, Pejabat SPRM Terengganu (09-6301920) dan Pejabat SPRM Kelantan (09-7661800),” kata kenyataan itu di sini.

SPRM memaklumkan orang ramai juga boleh menyalurkan aduan mereka menerusi e-mel di alamat [email protected].

“SPRM juga mengingatkan kepada semua calon dan parti politik yang bertanding agar tidak melakukan aktiviti-aktiviti boleh melanggar undang-undang dan peraturan pilihan raya selaras dengan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI