fbpx

PRN: Pesanan akhir arwah bapa jadi azimat Zamri Mantop

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ustaz Zamri (kanan) menziarah pusara bapanya di Tanah Perkuburan Islam Ar-Raudhah, Tanjong Karang, hari ini. -Foto ISKANDAR SHAH MOHAMED

KUALA SELANGOR – Pesanan terakhir arwah bapa supaya terus menyantuni dan berkhidmat kepada rakyat menjadi azimat Mohd. Zamri Mohd Zainuldin untuk kekal bertanding bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang.

Bapa kepada calon Perikatan Nasional (PN) itu, Allahyarham Mohd. Zainuldin Mohd. Jainuddin, 77, meninggal dunia akibat penyakit asma di Hospital Sungai Buloh, pukul 7.32 pagi semalam.

Mohd. Zamri yang juga Yang Dipertua Pas Kawasan Tanjong Karang berkata, beliau menerima khabar duka itu ketika dalam perjalanan mengambil watikah pencalonan di Shah Alam.

“Saya kemudian membatalkan hasrat itu dan segera ke hospital yang sudah dipenuhi semua ahli keluarga.

“Biarpun masih bersedih, pesanan arwah supaya memberi khidmat terbaik kepada rakyat menjadi penyuntik semangat untuk saya terus bertanding dalam pilihan raya ini,” katanya ketika ditemui ketika menziarah pusara arwah di Tanah Perkuburan Islam Ar-Raudhah, Tanjong Karang, Kuala Selangor, hari ini.

Terdahulu, beliau disahkan berdepan saingan satu lawan satu dengan calon Barisan Nasional (BN), Mohamad Khir Ramli selepas penamaan calon di Dewan Dato’ Hormat, Tanjong Karang di sini, hari ini.

Untuk rekod, kerusi DUN Sungai Burong dimenangi calon Barisan Nasional (BN), Datuk Mohd. Shamsudin Lias dengan majoriti 8,741 undi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu.

Mohd. Zamri ketika itu tewas dengan memperoleh 6,411 undi manakala calon PKR, Mohd. Tarmizi Lazim iaitu 5,323 undi. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI