fbpx

PRN: Pertembungan dua penjuru di Tasek Gelugor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Barisan calon yang bertanding dalam PRN-15 bagi tiga DUN di Tasek Gelugor.

SEBERANG PERAI – Pilihan Raya Negeri Ke-15 (PRN-15) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Dua, Permatang Berangan dan Telok Ayer Tawar masing-masing menyaksikan pertembungan dua penjuru di antara calon Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN).

Ia melibatkan calon daripada PH bagi DUN Sungai Dua, Timbalan Pengerusi UMNO Pulau Pinang, Datuk Dr. Shaikh Hussein Mydin (BN), Penyandang kerusi DUN Permatang Berangan sejak 2018 Nor Hafizah Othman (BN) dan Pengerusi Biro Keusahawanan PKR Cabang Tasek Gelugor Abdul Mohsein Mohd Shariff (PKR).

Calon dari blok PN bagi ketiga-tiga DUN Sungai Dua, Permatang Berangan dan Telok Ayer Tawar masing-masing ialah Pesuruhjaya Pas Negeri Pulau Pinang Muhammad Fauzi Yusof, Yang Di-Pertua (YDP) Pas Bahagian Tasek Gelugor Mohd. Sobri Salleh dan Ketua Bersatu Bahagian Tasek Gelugor Azmi Alang.

Pengumuman tersebut diumumkan oleh Pegawai Pengurus SPR (RO) bagi DUN Sungai Dua, Iswady Ismail, RO DUN Permatang Berangan, Rahim Selamat dan RO DUN Telok Ayer Tawar, Hizal Abu Bakar.

RO DUN Permatang Berangan, Rahim Selamat mengumumkan telah menerima borang pencalonan daripada calon sekitar jam 10.45 pagi diikuti (RO) bagi DUN Sungai Dua, Iswady Ismail pada 10.50 pagi dan RO DUN Telok Ayer Tawar, Hizal Abu Bakar pada jam 10.55 pagi.

Pihak SPR juga berpuas hati dengan borang penamaan yang dihantar dan memaklumkan tiada sebarang penolakan kertas penamaan pada calon-calon tersebut.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14), kerusi DUN Sungai Dua berjaya dipertahankan oleh penyandangnya Datuk Muhamad Yusoff daripada parti BN yang berjaya meraih undi sebanyak 7,314 ketika menentang Zahadi Mohd atau Cikgu Hadi dari parti PAS yang mendapat 5,380 undi dengan majoriti undi sebanyak 1,934. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI