fbpx

PRN: Dominic diiringi kurang 100 penyokong PN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dominic (tiga dari kiri) tiba dengan diiringi penyokong PN di Pusat Penamaan Calon Dewan Bukit Belah, Bayan Lepas di sini pagi tadi.

BALIK PULAU – Calon Perikatan Nasional (PN) bagi kerusi kontroversi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bayan Lepas, Datuk Dominic Lau tiba di Pusat Penamaan Calon di Dewan Bukit Belah di sini pada pukul 8.50 pagi tadi.

Beliau yang merupakan Presiden Parti Gerakan Pulau Pinang hadir diiringi kurang 100 penyokong PN.

Bagaimanapun, kehadiran calon Pakatan Harapan (PH), Azrul Mahathir Aziz turut tiba pada masa yang sama dengan diiringi 300 penyokong parti.

Tinjauan di luar pekarangan dewan mendapati tiada kelibat barisan pimpinan Pas Bayan Lepas.

Sebelum ini, pencalonan Dominic untuk bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-15 di DUN yang mempunyai 64 peratus penyokong Melayu itu mendapat bantahan keras penyokong Pas Bayan Lepas sekali gus mahu memboikot hari penamaan calon dan menutup menutup Bilik Operasi Pas di seluruh kawasan itu.

Terdapat tiga DUN di bawah Parlimen Balik Pulau iaitu Bayan Lepas, Pulau Betong dan Teluk Bahang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI