fbpx

PRN: Ahmad Yakob solat dhuha, hajat bersama penyokong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad (duduk, tiga dari kanan) selepas menunaikan solat sunat dhuha dan hajat sebelum proses penamaan calon SMK Agama Falahiah, Tumpat hari ini. Foto oleh ROSLIZA MOHAMED/KOSMO!

TUMPAT – Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pasir Pekan, Datuk Ahmad Yakob menunaikan solat dhuha dan hajat sebelum proses penamaan calon di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Agama Falahiah di sini hari ini.

Beliau yang sebelum ini merupakan Menteri Besar Kelantan kelihatan tenang untuk mempertahankan kerusi tersebut apabila menentang calon Pakatan Harapan (PN), Zaman Sahri Ibrahim pada Pilihan Raya Negeri (PRN)

Ahli Parlimen Pas Tumpat, Datuk Mumtaz Md. Nawi turut menyertai solat berkenaan sebagai sokongan untuk kemenangan parti berkenaan.

Zaman Sahri menyerahkan borang penamaan calon kira-kira pukul 9.01 pagi manakala Ahmad kira-kira lima minit kemudian.

Pengumuman penamaan calon itu dibuat Pegawai PRN DUN Pasir Pekan, Nik Abdul Halim Nik Hassan pada pukul 10.30 pagi. – KOSMO! ONLINE

Habis

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI