fbpx

PN tidak boleh ‘tembus’ P. Pinang, menang PRN di 5 negeri – Tun Mahathir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dr. Mahathir pada sidang akhbar selepas menghadiri Hari Perniagaan Sosial 2023 di sebuah hotel di Langkawi, hari ini.

LANGKAWI – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyatakan Perikatan Nasional (PN) mempunyai potensi yang baik untuk menang di lima negeri pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ini.

Kata beliau, Pulau Pinang menjadi satu-satunya negeri yang tidak dapat ditembusi PN, namun mampu menang di lima negeri lain iaitu Kedah, Kelantan, Terengganu, Selangor dan Negeri Sembilan.

“Kita dapati bahawa sentimen orang ramai bertukar, tidak seperti pilihan rayPNa dahulu. Orang Melayu umpamanya berasas curiga tentang masa depan mereka.

“Terutamanya generasi tualah, generasi lama, kerana mereka lihat kedudukan mereka tidak berubah. Masih miskin dan berasa tertekan, mereka tak dapat direction atau cadangan daripada kerajaan bagaimana untuk mengatasi masalah mereka,” katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri Hari Perniagaan Sosial 2023 di sebuah hotel di sini hari ini.

Menurutnya, tindakan kerajaan yang memberikan wang dengan pelbagai sebab apabila hampir musim pilihan raya adalah rasuah yang digunakan untuk menarik sokongan orang ramai.

Dalam pada itu, beliau turut menyebut kehadirannya pada program Perikatan Nasional (PN) baru-baru ini bukan bermakna dia menyertai mana-mana parti, namun akan menyokong mereka kerana mempunyai objektif sama.

“Saya hanya hadir untuk perjumpaan. Saya tidak menyertai Pas, bukan Pas, bukan PN, mahupun Putra. Saya adalah bebas daripada semua parti politik.

“Mereka (Pas) mempunyai objektif yang sama dengan saya, jadi saya akan menyokong mereka. Kami lihat kerajaan sekarang adalah kerajaan yang dipanggil sebagai kerajaan kakistokrasi; kerajaan yang tidak tahu bagaimana hendak memerintah. Jadi kita perlu ubah (kerajaan),” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI