fbpx

Sistem pendidikan perlu tambah baik – Maszlee

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Maszlee ketika berucap pada forum Pendidikan di Malaysia yang diadakan di University of Cyberjaya, Sepang hari ini.

CYBERJAYA – Bekas Menteri Pendidikan, Prof. Dr. Maszlee Malik mengakui bahawa sistem pendidikan negara perlu ditambah baik.

Beliau secara terbuka malah mendedahkan kegagalan terbesar kepada isu tersebut ialah projek 1BestariNet pada 2012 dan disifatkan langsung tidak mendatangkan apa-apa hasil.

Selain itu, beliau mendakwa ketika sekolah ditutup ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), sepatutnya tiada pun isu pembelajaran luar kelas yang timbul.

“Ini bukan pun projek baharu kerana telah dibuat lebih awal dan semasa pandemik tercetus, itulah waktu terbaik pelaksanaannya namun ia bertukar kegagalan terbesar,” katanya ketika berucap pada forum ‘Pendidikan di Malaysia’, di sini hari ini.

Meskipun tidak disebut secara spesifik, Maszlee dalam nada berlapik menyelar menteri yang bertanggungjawab ke atas projek 1BestariNet itu sebagai lebih mengutamakan kroni.

Secara berseloroh, beliau juga mendakwa isu tersebut menjadi punca dirinya ‘ditendang’ daripada Kabinet pada tahun 2020 lalu kerana lantang mempersoalkan kegagalan projek itu.

“Sepatutnya Malaysia sudah pun ada sistem liputan luas terbaik ketika itu tetapi akibat kegagalan projek ini, ia telah menghancurkan masa depan pendidikan negara,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI