fbpx

North Port rai ulang tahun ke-60

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Peserta yang mengambil bahagian dalam kejohanan boling sempena ulang tahun ke-60 North Port di Subang Jaya, baru-baru ini.

PETALING JAYA – Sempena meraikan ulang tahun ke-60 operasi North Port, pengendalinya, Northport (Malaysia) Bhd. (Northport), ahli Kumpulan MMC, menganjurkan Kejohanan Cabaran Boling Northport 2023 edisi ke-15 di Subang Jaya baru-baru ini.

Kejohanan berkenaan menghimpunkan 45 buah pasukan yang dianggotai para pelanggan Northport daripada pelbagai segmen perniagaannya.

Ia merupakan sebahagian daripada beberapa siri program yang telah dirancang oleh Northport bagi meraikan ulang tahun ke-60 operasi pelabuhan yang dahulunya dikenali sebagai dermaga Selat Klang Utara sebelum ditukar nama kepada Pelabuhan Utara pada tahun 1967.

Ketua Pegawai Eksekutif Northport, Datuk Azman Shah Mohd. Yusof menzahirkan rasa gembiranya terhadap sambutan menggalakkan daripada pasukan yang mengambil bahagian.

“Acara boling pada kali ini adalah agak istimewa, kerana kami meraikan ulang tahun ke-60 operasi Pelabuhan Utara pada tahun ini.

“Sebagai pengendali pelabuhan, kami amat berbangga dapat memupuk hubungan yang berterusan dengan pelanggan kami melalui aktiviti-aktiviti kesukanan seperti ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI