fbpx

Lelaki rentung kereta terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG lelaki ditemukan rentung dalam kereta yang terbakar di tempat letak kereta Jalan Putra Square di Kuantan hari ini.

KUANTAN – Seorang lelaki rentung dalam kejadian kebakaran sebuah kereta di tempat letak kereta Jalan Putra Square di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Zahari Wan Busu berkata, mayat mangsa yang berumur 35 tahun ditemui terbakar kira-kira 80 peratus.

“Mayat mangsa masih berada di tempat duduk pemandu dengan kedudukan kerusi diturunkan dan kereta terbakar keseluruhan. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan untuk bedah siasat

“Berdasarkan siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah dan kes dikategorikan sebagai mati mengejut,”katanya dalam satu kenyataan.

Wan Zahari berkata, mangsa yang merupakan pekerja am di Taman Perindustrian Malaysia China Kuantan (MCKIP) menggunakan kereta milik rakannya dan siasatan masih dilakukan bagi mengenalpasti punca kebakaran.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI