fbpx

Cuaca cerah hampir di seluruh negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) melaporkan keadaan cuaca dilihat cerah dan tiada hujan dicerap buat masa ini di kebanyakan negeri di semenanjung Malaysia.

MetMalaysia dalam laporan cuacanya berkata, bagaimanapun terdapat hujan yang sedang berlaku di satu dua tempat melibatkan bahagian utara semenanjung Malaysia iaitu negeri Perlis dan juga Kedah.

“Bagaimanapun, keadaan hujan ini dijangkakan boleh beransur reda dalam tempoh masa satu hingga ke dua jam sahaja lagi.

“Menjelang malam nanti pula, keadaan hujan berserta ribut petir berpotensi untuk berlaku di bahagian timur semenanjung Malaysia terutamanya melibatkan negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, di negeri Sabah dan Sarawak pula, keadaan tinjauan cuaca semasa menunjukkan cuaca cerah di kedua-dua buah negeri termasuk di Wilayah Persekutuan Labuan.

“Keadaan cuaca cerah di kebanyakan bahagian negeri Sarawak dijangkakan boleh berlarutan sehingga ke malam nanti.

“Namun, di negeri Sabah keadaan hujan berserta ribut berpotensi untuk berlaku awal malam nanti terutamanya di bahagian pedalaman dan juga Tawau, termasuk di satu dua tempat di bahagian Sandakan,” jelasnya.

Dalam pada itu, menjelang esok pagi MetMalaysia menjangkakan satu garis badai berpotensi untuk terbentuk di sepanjang Selat Melaka yang boleh memberi kesan keadaan cuaca hujan di sebelah pagi terutamanya melibatkan negeri-negeri di Pantai Barat semenanjung daripada Selangor sehingga ke persisir pantai negeri Johor.

“Manakala di Labuan juga dijangkakan hujan boleh berlaku esok pagi termasuk di bahagian Tawau, Sabah,” tambahnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI