fbpx

10,000 minyak wangi Bliese terjual dalam sehari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suhaimi menunjukkan produk terbaharu Bliese yang menerima sambutan hangat daripada pengguna.

PETALING JAYA – Produk wangian terbaharu di pasaran, iaitu Bliese Body Perfume 12ml (mililiter) berjaya dijual sebanyak 10,000 unit dalam tempoh hanya sehari selepas dilancarkan baru-baru ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Bliese, Suhaimi Saiful berkata, pengenalan produk berkenaan adalah bersempena dengan ulang tahun ke-4 syarikat, selain untuk memenuhi permintaan pasaran bagi produk wangian yang berkualiti pada harga mampu milik.

“Pelancaran ini adalah disebabkan kami ingin mengeluarkan satu produk dengan harga yang kompetitif, mampu milik tetapi masih mengekalkan kualiti bauan yang premium.

“Dengan harga hanya RM25, kami optimis permintaan untuk Bliese Body Perfume 12ml ini akan terus meningkat seterusnya membantu lebih 15,000 usahawan Bliese,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Suhaimi, antara inovasi terbaru yang dilakukan untuk produk baharu itu ialah adalah dengan mencipta 10 bauan terbaru bagi Bliese, iaitu lima untuk lelaki dan lima lagi bagi wanita.

Tambahnya, penambahbaikkan lain yang telah dilakukan termasuklah penggunaan botol lebih berkualiti, mudah dibawa kemana sahaja serta bungkusan kotak yang lebih eksklusif yang membuatkan jenama Bliese unik dan seiring dengan jenama wangian terkemuka lain.

“Bliese Body Perfume diformulasikan dengan jenis kepekatan Eau De Parfum menggunakan bahan asas yang diimport dari Eropah, yang mana ia dapat bertahan sehingga lapan jam dan menepati spesifikasi pengguna di Asia.

“Kami memberi jaminan bahawa Bliese Body Perfume selamat digunakan kerana telah mendapat pengiktirafan dari International Fragrance Association (IFRA) serta diiktiraf halal,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI