fbpx

Saintis gambarkan fosil mamalia serang dinosaur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBARAN seekor mamalia menyerang dinosaur spesies Psittacosaurus ketika zaman Cretaceous.

Para saintis dari Kanada dan China telah menggambarkan fosil luar biasa sekitar 125 juta tahun lalu.

Ia menunjukkan detik dramatik ketika mamalia karnivor menyerang dinosaur pemakan tumbuhan yang lebih besar.

Menurut ahli paleobiologi Muzium Alam Kanada, Dr. Jordan Mallon, kedua-dua haiwan itu antara bukti pertama yang menunjukkan tingkah laku pemangsa mamalia pada dinosaur.

“Kehadiran fosil itu mencabar pandangan bahawa dinosaur mempunyai ancaman yang sedikit daripada mamalia. Pada zaman Cretaceous, dinosaur adalah haiwan yang dominan.

“Fosil yang jarang ditemui itu kini berada dalam koleksi Muzium Sekolah Weihai Ziguang Shi Yan di Wilayah Shandong, China,” katanya.

Dinosaur dalam fosil yang dipelihara dengan baik dikenal pasti sebagai spesies Psittacosaurus.

Spesies pemakan tumbuhan itu adalah antara dinosaur bertanduk yang paling awal diketahui dan hidup di Asia semasa Zaman Kapur Awal iaitu sekitar 125 hingga 105 juta tahun lalu.

Mamalia dalam pasangan fosil pula adalah haiwan seperti luak yang dipanggil Repenomamus robustus.

Walaupun tidak besar mengikut piawaian dinosaur, ia adalah antara mamalia terbesar semasa Cretaceous.

Ketika itu, mamalia belum datang untuk menguasai Bumi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI