fbpx

PRN: BN, PH Kedah lancar manifesto Khamis ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mahdzir pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Kepimpinan Perpaduan Negeri di Pejabat UMNO di Alor Setar, Kedah hari ini.

ALOR SETAR – Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) Kedah akan melancarkan manifesto pada Khamis ini sebagai tawaran kepada rakyat negeri ini sekiranya dapat membentuk kerajaan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ini.

Pengerusi Majlis Pimpinan Perpaduan Negeri, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, tawaran tersebut diyakini mampu membawa kestabilan dan kesejahteraan kepada rakyat.

“Ia melibatkan setiap golongan termasuk nelayan, pesawah, penoreh getah, perindustrian, pelancongan, belia serta wanita,” katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Kepimpinan Perpaduan Negeri di Pejabat UMNO di sini hari ini.

Katanya, majlis pelancaran manifesto itu akan diadakan di kawasan letak kereta di Bandar Laguna Merbok bermula pukul 9 malam.

“Manifesto tersebut akan menyentuh perkara-perkara yang mampu memberi kebaikan kepada rakyat secara menyeluruh kerana kerajaan negeri ketika ini bukan sahaja gagal, malah tak buat apa-apa pun.

“Apa yang beliau (Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor) buat selain mengata orang lain? Kalau nak jadi pemimpin, anda kena serius kerana antara kepimpinan negeri dengan rakyat, di tengah-tengahnya ada pegawai kerajaan yang bertanggungjawab melaksanakan program demi pembangunan negeri,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI