fbpx

Isteri acu pisau lepas suami enggan beri RM5,000 balik Indonesia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

AMPANG JAYA – Seorang wanita warga asing ditahan pihak polis pada Ahad, selepas tindakannya mengugut dan mengacukan pisau ke arah suaminya di sebuah perumahan di Taman Tasik Tambahan, di sini, pada 6 Julai lalu.

Dalam kejadian pukul 6 pagi itu, suaminya yang bekerja sebagai peniaga difahamkan telah berselisihan faham dengan suspek kerana meminta wang berjumlah RM5,000 untuk pulang ke kampung.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, mangsa berusia 48 tahun itu telah diugut dengan mengacukan pisau ke arah muka mangsa dan menyatakan akan merodok mulut mangsa dengan pisau berkenaan.

“Suspek, 34, bekerja sebagai pembantu kedai telah ditahan di pekarangan Ibu Pejabat Daerah (IPD) Ampang Jaya pada Ahad lalu, kira-kira pukul 9 malam.

“Kita juga turut merampas satu bilah pisau yang digunakan semasa kejadian,” jelasnya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Azam, permohonan reman telah dibenarkan selama empat hari bermula semalam hingga Khamis ini.

“Suspek tiada rekod lampau dan bebas dan kesalahan dadah.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana membuat ugutan,” katanya. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI